Selamat menghayati Israk dan Mikraj tahun 1447H — satu peristiwa yang membuktikan kekuasaan ALLAH SWT.
Sama-sama kita berdoa agar diberikan kesejahteraan dan keselamatan yang berpanjangan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP MENTERI BELIA DAN SUKAN
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan pada hari ini, 13 Januari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGENAI PEMBANGUNAN JOHOR PADA 2026
Tahun lalu telah menyaksikan kemajuan pesat di Johor. Pada tahun yang akan datang, Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dijangka menarik minat pelaburan yang kukuh dari China, India dan Timur Tengah.
Saya telah berbincang dengan kerajaan negeri mengenai inisiatif strategik utama yang bertujuan untuk membuka sepenuhnya potensi Johor serta memastikan manfaat daripada pembangunan ini disampaikan dengan bermakna kepada Bangsa Johor.
Tahun 2026 akan menjadi tahun penting, dipenuhi dengan peningkatan besar dalam infrastruktur negeri termasuk rangkaian jalan raya dan pengangkutan,...
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor pada hari ini, 6 Januari 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan pentadbiran kerajaan, ekonomi, pendidikan, infrastruktur serta keselamatan negeri disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP DELEGASI PARIS SAINT-GERMAIN FC
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Paris Saint-Germain FC diketuai oleh Presiden Nasser Al-Khelaifi pada hari ini, 3 Januari 2026. Allah Peliharakan Sultan.
MAKAN MALAM BERSAMA FRANCESCO TOTTI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan jamuan makan malam bersama Francesco Totti, legenda AS Roma dan pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali di Johor Bahru pada hari ini, 2 Januari 2026.
Penyerang legenda tersebut berada di Johor untuk bertemu DYAM Pemangku Sultan Johor dan melawat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Allah Peliharakan Sultan.