Skip to main content

TITAH DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGENAI PEMBANGUNAN JOHOR PADA 2026

Tahun lalu telah menyaksikan kemajuan pesat di Johor. Pada tahun yang akan datang, Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dijangka menarik minat pelaburan yang kukuh dari China, India dan Timur Tengah. Saya telah berbincang dengan kerajaan negeri mengenai inisiatif strategik utama yang bertujuan untuk membuka sepenuhnya potensi Johor serta memastikan manfaat daripada pembangunan ini disampaikan dengan bermakna kepada Bangsa Johor. Tahun 2026 akan menjadi tahun penting, dipenuhi dengan peningkatan besar dalam infrastruktur negeri termasuk rangkaian jalan raya dan pengangkutan,...

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR DAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor dan YDH CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor pada hari ini, 6 Januari 2026. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan pentadbiran kerajaan, ekonomi, pendidikan, infrastruktur serta keselamatan negeri disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAKAN MALAM BERSAMA FRANCESCO TOTTI

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mengadakan jamuan makan malam bersama Francesco Totti, legenda AS Roma dan pemenang Piala Dunia 2006 bersama Itali di Johor Bahru pada hari ini, 2 Januari 2026. Penyerang legenda tersebut berada di Johor untuk bertemu DYAM Pemangku Sultan Johor dan melawat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

RANGKUMAN 2025: PEMANGKU SULTAN JOHOR MENERAJUI PERUBAHAN, MEMBINA LEGASI BANGSA JOHOR.

Tahun 2025 melakar satu transformasi penting Negeri Johor di bawah naungan DYAM Tunku Mahkota Ismail, sebagai Pemangku Sultan Johor sejak 2024. Bagi Pemangku Sultan Johor, mandat ini bukan sekadar tugas, namun satu misi penting menjadikan Johor sebagai pemain utama ekonomi di rantau Asia. Daripada realisasi Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang membuka pintu pelaburan dunia, hinggalah kepada usaha memperkasakan pendidikan, perkhidmatan kesihatan yang dinaik taraf dan mewujudkan peluang kerja berpendapatan tinggi. Matlamat Pemangku Sultan Johor adalah demi keterjaminan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.