Skip to main content

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN THAIPUSAM

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam buat semua penganut Hindu di Johor. Semoga anda semua dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PERJUMPAAN DENGAN DATUK BANDAR JOHOR BAHRU DAN PAKAR PENGURUSAN AIR DAN SISTEM SALIRAN

Hari ini saya telah mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Haji Mohd. Noorazam bin Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air. Mereka telah memberi taklimat mengenai inisiatif dan usaha-usaha untuk membaiki penebatan banjir di Johor. Perjumpaan ini diadakan ekoran bencana banjir yang melanda Johor sejak akhir tahun lepas sehingga kini. Bencana banjir ini merupakan masalah yang berlaku hampir setiap tahun. Walaupun ada penambahbaikan dalam usaha tebatan banjir sejak peristiwa tahun 2006, tetapi saya berhasrat untuk mencari...

Continue reading

PENGAGIHAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

Pengagihan semua kotak makanan ke empat daerah iaitu Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat telah selesai. Kami juga akan berikan lagi barangan keperluan asas kepada semua Pusat Penempatan Sementara (PPS) pada keesokan pagi. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor juga akan memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada setiap mangsa-mangsa banjir termasuk mereka yang telah kembali ke rumah masing-masing. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI MUAR DAN SEGAMAT

Paras air sungai di daerah Muar pada masa ini telah menunjukkan penurunan dan setiap jalan yang terputus sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Di Segamat pula, bilangan Pusat Penempatan Sementara (PPS) kini hanya tinggal 18 buah sahaja yang beroperasi dan hanya 299 buah keluarga sahaja yang masih terjejas. Saya juga telah menghantar 2,000 kotak makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk mereka yang telah kembali ke rumah masing-masing. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

TERIMA KASIH DAN SYABAS KEPADA NGO DAN SYARIKAT YANG TERLIBAT DALAM MISI BANJIR DI SEGAMAT

Terima Kasih dan syabas kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berikut yang telah membantu dalam Misi Banjir di Daerah Segamat. Terima kasih kerana memberi bantuan, mengikut SOP dan memberi kerjasama dengan semua pihak. 1. Cyberview Sdn Bhd – 20 orang 2. Khidmat Malaysia – 5 orang 3. Myfundaction – 7 orang 4. Sahabat Amal Care – 15 orang 5. Bangiku – 30 orang 6. Nazarudin – 14 orang 7. Merbau Malaysia – 20 orang 8. Southern Volunteers – 500 orang 9. IMARET – 14 orang & 3 Doktor ...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.