Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas Baru pada hari ini, 11 Disember 2025.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
SESI SOAL JAWAB DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PARA PENYOKONG DI VAMOS COFFEE ROASTERY PETANG INI
Semua penyokong dijemput hadir ke Sesi Soal Jawab bersama Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di Vamos Coffee Roastery jam 3.00 petang hari ini.
DYAM Tunku Mahkota Ismail akan berkongsi dengan para penyokong mengenai perkara-perkara terkini dan perancangan masa hadapan Harimau Selatan. Sesi ini juga akan disiarkan melalui platform FB Live laman JOHOR Southern Tigers.
📍Vamos Coffee Roastery (bersebelahan KFC Dataran Bandaraya Johor Bahru)🗓 10 Disember 2025⏰️ 3.00 petang
TERIMA MENGADAP MENTERI PENYELARAS BAGI KESELAMATAN NEGARA DAN MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI SINGAPURA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap H.E. K. Shanmugam, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pada hari ini, 8 Disember 2025.
Baginda menzahirkan kegembiraan dapat bertemu seorang sahabat baik, Menteri K. Shanmugam. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan pembangunan antara Malaysia dan Singapura, serta usaha berterusan bagi mengukuhkan hubungan erat antara Johor dan Singapura.
Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MUFTI BESAR ZIMBABWE
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Dr. Ismail ibn Musa Menk (Mufti Menk), Mufti Besar Zimbabwe pada hari ini, 8 Disember 2025. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS PELANCARAN PUSAT KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Pelancaran Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, di Larkin pada hari ini, 5 Disember 2025. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan delegasi Protocol Capital Group (PCG) yang diketuai oleh Robert Jungsoo Ryu, Ketua Pegawai Eksekutif PCG pada hari ini, 3 Disember 2025.
Hadir sama adalah Laksamana Tan Sri Dato’ Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kolonel Lee Seongkyun, Atase Pertahanan dari Kedutaan Besar Republik Korea di Malaysia dan Richard Yun, Penasihat kepada Pengerusi...