Setiap permohonan berkaitan pemberian status kewarganegaraan yang diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui proses yang sangat teliti.Mengulas isu tujuh pemain Harimau Malaya yang dikenakan tindakan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata di peringkat kementerian, segala tindakan yang perlu dalam proses pemberian dokumen itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya, pemberian status warganegara secara naturalisasi adalah di bawah Perkara 19 iaitu membabitkan pemohon yang mempunyai salasilah, keturunan...
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR PERTIKAI KEPUTUSAN FIFA TERHADAP FAM
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab2 keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai. Who was in New York?
Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran...
TERIMA MENGADAP KETUA HAKIM NEGARA
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Yang Amat Arif Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Hakim Negara pada hari ini, 24 September 2025. Baginda turut membawa Ketua Hakim Negara melawat Dewan Cina di Istana Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
‘KEMATIAN DAN MASALAH TERSENYUM KEPADA KITA SEMUA, APA YANG MAMPU SEORANG LELAKI LAKUKAN HANYALAH MEMBALAS SENYUMAN ITU’
Ada pepatah yang berbunyi, “KEMATIAN DAN MASALAH TERSENYUM KEPADA KITA SEMUA, APA YANG MAMPU SEORANG LELAKI LAKUKAN HANYALAH MEMBALAS SENYUMAN ITU.” Dalam hidup, pasti ada pasang surutnya. Apa yang benar-benar penting pada akhirnya ialah bagaimana kita bangkit mengatasinya.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MELUANGKAN MASA MENYAKSIKAN DULI YANG AMAT MULIA RAJA MUDA JOHOR BERMAIN BOLA SEPAK DALAM KEJOHANAN JOHOR SCHOOL CUP FOOTBALL TOURNAMENT
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meluangkan masa menyaksikan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor bermain bola sepak dalam kejohanan Johor School Cup Football Tournament yang berlangsung di Marlborough College Malaysia. Dalam kejohanan tersebut, pasukan Johor Cubs yang turut disertai oleh DYAM Raja Muda Johor telah tampil sebagai juara. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENCUBA PERMAINAN VIDEO EAFC26
Terima kasih untuk FC26🎮@easportsfc @gb_gamesbond