Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut agama Kristian.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU TEMENGGONG JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PENGERUSI POWER INTERNATIONAL HOLDING DAN TIMBALAN PENGERUSI & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan bersama Moutaz Al-Khayyat, Pengerusi Power International Holding dan Ramez Al-Khayyat, Timbalan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif pada hari ini, 20 Disember 2024.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pelaburan ekonomi yang strategik dalam pelbagai bidang utama untuk mengukuhkan dan menaikkan lagi status Johor dari segi ekonomi, infrastruktur dan taraf hidup. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PENGERUSI PELANCONGAN QATAR DAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH VISIT QATAR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan bersama His Excellency Saad Bin Ali Al Kharji, Pengerusi Pelancongan Qatar dan Pengerusi Lembaga Pengarah Visit Qatar.
Antara perkara yang diperbincangkan adalah berkaitan dengan sektor pelancongan membabitkan pelaburan dan ekonomi yang akan mengeratkan lagi hubungan dan memanfaatkan negeri Johor and Qatar. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN MENTERI SUKAN DAN BELIA QATAR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan His Excellency Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani, Menteri Sukan dan Belia Qatar pada hari ini, 19 Disember 2024.
Baginda dan Syeikh Hamad berbincang mengenai pembangunan belia dan sukan di Qatar dan Johor. Turut dibincangkan inisiatif-inisiatif baharu untuk merancakkan industri sukan dan memartabatkan belia di negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PRESIDEN PERSATUAN BOLASEPAK THAILAND
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Mrs. Nualphan Lamsam, Presiden Persatuan Bolasepak Thailand yang turut dikenali sebagai Madame Pang pada hari ini, 19 Disember 2024.
Perbincangan tertumpu kepada langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan antara Johor dan Thailand, termasuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemain bola sepak muda Malaysia untuk beraksi di Thailand. Allah Peliharakan Sultan.