Skip to main content

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 9 Disember 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEION ONN MALAYSIA (UTHM) KE-24

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga merupakan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-24 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada hari ini, 7 Disember 2024. Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Anugerah Profesor Emeritus, Anugerah Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Anugerah Akademik. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 2 Disember 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini dan berkaitan negeri Johor telah disampaikan serta dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENGADAP DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor pada hari ini, 2 Disember 2024. Hadir bersama adalah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.