MAJLIS SANTAPAN TENGAH HARI BERSAMA KELUARGA DIRAJA JOHOR SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Santapan Tengahari bersama Keluarga DiRaja Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene pada 22 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Pasir Pelangi pada hari ini, 21 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PANGLIMA BRIGED KE-7 INFANTRI MALAYSIA (7 BRIGED) DAN PANGLIMA GERUP GERAK KHAS (GGK)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Suria, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged) dan Mejar Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) pada hari ini, 20 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.