Skip to main content

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Johor yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua. Deepavali Vaalthukkal! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MEMBAYAR ZAKAT BAGI TAHUN 2024/1446H

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membayar zakat bagi tahun 2024/1446H kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. MAINJ diwakili oleh YB Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ dan SS YB Dato’ Haji Yahya Bin Ahmad, Mufti Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) MUAR, SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN PROGRAM PENUTUP JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR (JAOMJ)

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar, Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Johor dan Program Penutup Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor (JAOMJ) Tahun 2024 pada hari ini, 12 Oktober 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR TENTANG PENUKARAN CUTI HUJUNG MINGGU KEPADA SABTU DAN AHAD DI JOHOR

Ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu. Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya. Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.