Skip to main content

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terima mengadap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk mendengar taklimat dan perkembangan terkini negeri Johor di Istana Negara pada hari ini, 12 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS KURNIAAN BANTUAN RUMAH YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Kurniaan Bantuan Rumah Yayasan Sultan Ibrahim Johor di Kampung Wak Salam, Mersing pada hari ini, 7 November 2024. Hadir sama adalah Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing dan YB Dato’ Avinderjit Singh A/L Harjit Singh, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN PERKEMBANGAN POSITIF JOHOR

Johor akan menjadi negeri pertama untuk menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November. Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta. Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.