Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Eksekutif Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM pada hari ini, 20 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP MANTAN JUARA DUNIA ONE FLYWEIGHT MUAY THAI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Rodtang Jitmuangnon, mantan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, pada hari ini, 18 November 2024. Allah Peliharakan Sultan.
“JOHOR FOR LIFE”
Adalah satu penghormatan dan satu keistimewaan untuk meneruskan perjalanan ini bersama anda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Saya berbangga dengan anda. Keghairahan dan hobi lain adalah sementara, ini kekal selama-lamanya. “Johor for Life.”
LATIHAN EXERCISE BERSAMA GERUP GERAK KHAS (GGK) DAN LAIN-LAIN
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor melakukan latihan exercise bersama Gerup Gerak Khas (GGK) dan lain-lain. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PENGERUSI PERSATUAN SEPAK BOLA SELURUH INDONESIA; PEMILIK KELAB PERSIB BANDUNG DAN PEMILIK KELAB VALENCIA CF
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Erick Thohir, Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia; Glenn Sugita, pemilik kelab Persib Bandung dan Peter Lim, pemilik kelab Valencia CF di Singapura pada 12 November 2024.
Pertemuan tertumpu kepada senario bola sepak serantau, terutamanya perkembangan bola sepak, pengurusan kelab bola sepak dan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap sukan bola sepak di rantau Asia, khasnya di negara-negara ASEAN.
DYAM Tunku Ismail turut memuji Erick Thohir kerana telah memartabatkan pasukan kebangsaan...