Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada hari ini, 17 Julai 2024.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk menerokai potensi peluang ekonomi antara Johor dan Sabah serta menambah baik pembangunan bola sepak Sabah melalui kolaborasi bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemangku Sultan Johor turut menitahkan agar JDT bekerjasama erat dengan Persatuan Bola Sepak Sabah dalam meningkatkan pembangunan bola sepak di peringkat belia dan mencungkil bakat di...
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN KETUA ISI RUMAH BANGSA JOHOR BERSTATUS MISKIN TEGAR
Ketika Pembukaan Dewan Negeri Johor Ke-15 pada 9 Mei 2024 yang lalu, saya telah menitahkan supaya tiada seorang pun ketua isi rumah Bangsa Johor berstatus miskin tegar selepas 2025.
Alhamdulillah, bilangan ketua isi rumah berstatus miskin tegar di Johor telah dikurangkan daripada 1,132 pada April 2024 kepada 90 pada 10 Julai 2024.
Saya berharap Kerajaan Negeri Johor akan terus bekerja keras dalam mengenal pasti dan membantu mereka yang masih berstatus miskin tegar.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU BAKAR IBRAHIM
Happy birthday to my beloved son, Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail. May ALLAH SWT bless you always.
His Royal Highness Tunku Ismail, the Regent of Johor
PRA-MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-266
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 yang berlangsung di Istana Negara pada 16 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM CHE PUAN MAHKOTA KHALEEDA JOHOR
Happy Birthday to my beloved Wife. May ALLAH bless you with good health, full of joy and happiness. Love you always
DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT TIBA SECARA RASMI DI KUALA LUMPUR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat tiba secara rasmi di Kuala Lumpur pada hari ini, 15 Julai 2024. Allah Peliharakan Sultan.