Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) yang diketuai oleh Mejar Jeneral Jay M. Bargeron, Pengarah Direktorat Dasar dan Perancangan Strategik (J5) pada hari ini, 8 Ogos 2024.
Hadir sama adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, Mr. Michael C. Pettigrew, Timbalan Pengarah Operasi, Pelan dan Dasar Asia Selatan dan Tenggara, Kapten Pasit Somboonpakron, Pegawai Kanan Pertahanan Amerika Syarikat ke Malaysia dan Kapten Holly M. Beard, Penyelia USINDOPACOM...
MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KONTINJEN SUKMA JOHOR 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Ramah Mesra Bersama Kontinjen SUKMA Johor 2024 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari ini, 8 Ogos 2024.
Hadir sama adalah YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Negeri Johor.
Dalam majlis tersebut, Baginda turut memberi galakan dan motivasi kepada para atlet kontinjen SUKMA Johor 2024 menjelang Sukan Malaysia...
LATIHAN POLO BERSAMA PASUKAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyertai latihan polo bersama pasukan Johor di Padang Polo, Istana Pasir Pelangi. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini, 6 Ogos 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TITAH DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAAN SEKOLAH RINTIS JOHOR
Pada 13 Februari 2024, saya menitahkan agar Kerajaan Negeri Johor meningkatkan tahap pendidikan anak Bangsa Johor supaya tiada yang keciciran. https://www.astroawani.com/…/tunku-mahkota-ismail-mahu…
Pada 9 Mei 2024, saya juga bertitah bahawa sistem pendidikan negara perlu berubah dengan memperbaharui silibus mata pelajaran yang tidak relevan. https://www.facebook.com/hrhcrownprinceofjohor/posts/976393360509717
Kini, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersetuju melancarkan sekolah rintis Johor bermula 2025, melibatkan dua sekolah rendah dan dua...