BERANGKAT KE MAJLIS ANJURAN JOHOR CORPORATION (JCORP)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis anjuran Johor Corporation (JCorp) yang diadakan di Cerebrum, Menara KOMTAR JBCC pada hari ini, 15 Julai 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi JCorp, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBhg. Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Presiden & Ketua Eksekutif JCorp. Allah Peliharakan Sultan.
KATA-KATA HIKMAH HARI INI
Saya tidak memilih kehidupan ini, kehidupan ini yang memilih saya.
MAAL HIJRAH 1446H
Salam Maal Hijrah 1446H dan semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua, dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
ULANG TAHUN KEPUTERAAN DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR
Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT kerana kurniakan saya lebih dari yang sepatutnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, rakan-rakan dan semua rakyat saya atas ucapan selamat hari lahir dan doa anda. Saya sayang anda semua dan berdoa semoga Allah SWT merahmati anda dan orang yang anda sayangi.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor