Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap takzim sempena Hari Raya Aidilfitri wakil rasmi Perdana Menteri Singapura iaitu Encik Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Singapura dan Encik Chee Hong Tat, Menteri Pengangkutan Singapura di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 10 April 2024.
Tetamu-tetamu kehormat ini turut diraikan dalam satu majlis santapan bersama DYAM Pemangku Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1445H BERSAMA RAKYAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada hari ini, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H
Saya dan keluarga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MAHMOODIAH BERSEMPENA MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI 1445H
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor pada 8 April 2024 bersempena menjelang Hari Raya Aidilfitri 1445H.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor dan Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEPADA YAM TUNKU TUN AMINAH BINTI SULTAN IBRAHIM
Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERSATUAN PENULIS-PENULIS SUKAN MALAYSIA (SAM)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada hari ini, 6 April 2024.
DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyantuni dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir. Allah Peliharakan Sultan.