Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 1445H/2024M di Masjid Bandar Pontian, Johor pada hari ini, 27 Mac 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah serta Keluarga DiRaja Johor.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB...
NUZUL AL-QURAN 1445 HIJRAH
Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita.
Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT agar beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Salam Nuzul Al-Quran 1445 Hijrah.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP DELEGASI PETRONAS DIKETUAI OLEH TIMBALAN PRESIDEN KANAN/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PETRONAS REFINERY & PETROCHEMICAL COMPLEX (PRPC) BERSAMA PELUMBA DAN PRINSIPAL PASUKAN JDT RACING TEAM
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap delegasi Petronas yang diketuai oleh Tuan Haji Kamal Bahrin Bin Ahmad, Timbalan Presiden Kanan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery & Petrochemical Complex (PRPC) bersama Hafizh Syahrin, pelumba JDT Racing Team dan Steven Tan, Prinsipal Pasukan pada hari ini, 27 Mac 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan JDT Racing Team dan perlumbaan motosikal telah disampaikan dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KETUA POLIS JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH CP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor pada hari ini, 27 Mac 2024.
Perbincangan sesi pertemuan tersebut tertumpu kepada aspek-aspek keselamatan, isu-isu terkini berkaitan Polis DiRaja Malaysia dan inisiatif-inisiatif baharu untuk menurunkan kadar peratusan jenayah di negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
KENYATAAN KERAJAAN NEGERI JOHOR BERHUBUNG ISU PENGHINAAN AGAMA ISLAM
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor.
Kerajaan Johor tidak berkompromi terhadap isu penghinaan kalimah Allah dan menyokong pendakwaan mahkamah ke atas mereka yang terlibat. Allahu Akbar.
YB Tuan Haji Mohd. Fared Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR; SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR; PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA RAYA, PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR & DELEGASI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SERTA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI) DAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor dan delegasi Jabatan Imigresen Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) pada hari ini, 26 Mac 2024.
Hadir sama adalah Tuan Baharuddin Tahir, Pengarah Imigresen Johor, Puan Suraya...