Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor pada hari ini, 13 Mac 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
RAMADAN AL-MUBARAK
Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DYAM RAJA MUDA JOHOR RASMIKAN JDT DIRECT DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor telah merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi, JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini, 8 Mac 2024. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP KONSUL JENERAL SINGAPURA DI JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor terima mengadap Encik Jeevan Singh, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru bersama isterinya, Dr Sima Aghazadeh pada hari ini, 8 Mac 2024.
Pertemuan ini adalah sebagai menghargai jasa Encik Jeevan Singh sepanjang lebih empat tahun perkhidmatan beliau di negeri Johor yang banyak membantu mengeratkan lagi hubungan antara Johor dan Singapura. Encik Jeevan Singh akan kembali ke Singapura dan jawatan Konsul Jeneral akan disandang oleh pengganti beliau. Allah...
DULI YANG AMAT PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KE-68 DAN MENGHAFAZ AL-QURAN TAHUN 2024M/1445H
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-68 Dan Menghafaz Al-Quran Tahun 2024M/1445H yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor pada hari ini, 7 Mac 2024.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor serta Keluarga DiRaja Johor.
Hadir sama adalah YB Dato’ Dr. Abdul Rahim...