Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor pada hari ini, 22 Mac 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah...
TERIMA MENGADAP PENGARAH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DAN PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS (GGK)
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YBhg Dato’ Haji Azmi Bin Haji Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dan Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) pada hari ini, 20 Mac 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah disampaikan dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR ZAHIR TAHNIAH KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN MAJLIS AGAMA NEGERI JOHOR
Syabas. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Polis Di Raja Malaysia kontinjen Johor sudah mengambil tindakan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
GESAAN DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERHUBUNG ISU STOKING TERTERA KALIMAH ‘ALLAH’
Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.
Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
Isu ini tidak boleh dipandang remeh.
Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR SERTA PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor pada hari ini, 19 Mac 2024.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH BERSAMA RAKYAT DI BATU PAHAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama rakyat di Masjid Taman Sri Sulong, Parit Sulong, Batu Pahat pada hari ini, 15 Mac 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.