Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa buah keluarga di Mukim Lenga dan Bukit Kepong. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Serkat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Linau.
Program lawatan ziarah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. Ia akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu Kanan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...
SEMPENA ZIARAH PRIHATIN PENYERAHAN KURNIAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan ini melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Linau.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika menghadapi pandemik Covid-19. memerlukan dari semasa ke semasa.
Turut hadir; Penolong Pegawai Daerah; Ketua Penghulu;...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.