Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Tanjung Surat dan Pengerang, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya. Turut serta dalam penyerahan...

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR, PEMANGKU RAJA

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), Pemangku Raja bagi Fasa 1 bulan Julai kepada 15 Ketua Isi Rumah miskin bandar (miskin tegar) di Mukim Bandar. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini Penghulu Mukim Bandar, dan Ketua Kampung.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim dan ketua kampung. Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Peserai. Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek dan mukim Bukit Serampang yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, pesakit strok, pesakit kanser, pesakit tulang belakang, masalah ketumbuhan pada otak serta darah tinggi...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi masjid dan surau di Daerah Kota Tinggi melalui Pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah diharapkan dapat menambahbaik pengurusan institusi masjid dan surau dalam daerah terutama yg memerlukan penambahbaikan serta memberikan kemudahan yang lebih kondusif kepada para jemaah yang hadir. Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut, KADI Daerah Kota Tinggi, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.