Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah PRIHATIN Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan April Fasa 1, Tahun 2022 .
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa buah rumah di Mukim Sungai Kluang.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Buloh Kasap, Daerah Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Segamat (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Mukim dan JPKK Kampung yang terlibat.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa buah rumah penerima di Mukim Sri Gading Ayer Itam, Batu Pahat.
Program Lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Pandemik Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Bukit Serampang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas yang uzur serta warga emas yang menghidap strok dan darah tinggi yang memerlukan rawatan berkala.
Turut...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Parit Jawa bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one-off adalah bagi meringankan beban golongan sasar ini yang...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu dan Mukim Senai, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Kadi Daerah Kulai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, JKM Kulai Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Selain itu, dua buah masjid dan surau di Mukim Senai turut menerima kurniaan DYAM TMJ. Masjid dan surau tersebut ialah :
Masjid Nurussaadah, Felda Taib...