Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MUAR

Yang Berhormat Dato’ Cr Hj Mustaffa Bin Dato’ Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang terdiri dari mereka yang bekerja sebagai peniaga dan buruh di Pasar Awam Maharani. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Encik Mohd Hanafi B Ahmad Shamsi, Penolong Pegawai Daerah Muar.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Renggam, Daerah Kluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya. Penyampaian kurniaan hari ini telah disampaikan kepada pesakit...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Penghulu Mukim Bukit Batu, wakil Yayasan Sejahtera Kulai ,Jabatan Kebajkan Masyarakat Daerah Kulai dan Ketua Kampung. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif,...

Continue reading

PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban yang dihadapi. Penerima-penerima ini telah dicadangkan dan dikenalpasti oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Sesungguhnya kurniaan ini...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di Mukim Ayer Baloi dan Mukim Api-Api. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif,...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.