Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI MUKIM TEBRAU DAN MUKIM BANDAR DI DAERAH JOHOR BAHRU

Pejabat Daerah Johor Bahru bersama Penghulu Tinggi dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota untuk Mukim Tebrau serta Mukim Bandar. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan, pesakit terlantar dan sebagainya untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Penghulu Mukim Bukit Batu, wakil Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua Kampung Rahmat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan,...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Pantai Timur Daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Buloh Kasap dan Mukim Sermin Daerah Segamat.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Minyak Beku, Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

BANTUAN BANJIR DI KOTA TINGGI

Berikutan banjir kilat yang melanda Segamat dan Kota Tinggi, saya telah mengarahkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Southern Volunteers untuk menggerakkan anggota dan memberi bantuan. Alhamdulillah, keadaan terkawal pada masa ini dan keadaan di Kota Tinggi sudah pulih. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.