Pegawai Daerah Kulai ,Tuan Haji Zainor Bin Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurnian ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Fizikal), Penghulu Mukim Kulai, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai dan Ketua Kampung Mukim Kulai.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit strok dan juga pesakit yang memerlukan rawatan berkala.
Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Kota Tinggi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Kampung Baru, Daerah Batu Pahat
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Ketua Penolong Pegawai Daerah, En Azmi Bin Ahmad telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Pentadbiran), Penolong Pegawai Daerah(Fizikal), Penghulu Mukim Sedenak, Majlis Agama Islam Daerah Kulai dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan,...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Linau, Batu Pahat.Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.