Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan tersebut ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Bukit Batu,Ketua Kampung Melayu Batu dan wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik, OKU dan warga emas.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Iskandar Bin Rahim Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sri Medan Deaerah Batu Pahat.Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Renggam, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah YDP Majlis Perbandaran Kluang, KADI Daerah Kluang, ADO Pejabat Daerah Kluang, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu Mukim serta Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran.
Penyampaian kurniaan telah disampaikan...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sermin & Gemas.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammed Ali Bin Ab. Wahab dan Encik Roslan Bin Bokari, Penghulu Kanan Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada 3 Buah Keluarga di Mukim Ayer Masin dan 4 Buah Keluarga di Mukim Serkat Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran...