Skip to main content

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Pada hari ini, Encik Mohd Iskandar Bin Rahim Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Linau dan Mukim Tanjung Sembrong Deaerah Batu Pahat Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada 8 Keluarga di Daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit,...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan OKU penglihatan, sakit kronik, sakit terlantar dan warga emas.

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla Bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi masjid dan surau juga telah disampaikan kepada Pengerusi Masjid Dato’ Ghulam Kampung Sri Pantai, Surau Kampung Gajah Mati, dan Surau Al-Itqan, ILP Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 10 Kampung Bahru, Daerah Batu Pahat, Johor. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.