Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di Kawasan Mukim Pulai dan Mukim Tebrau.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan.
Selain itu, turut disampaikan kurniaan bagi masjid surau daerah Johor Bahru.
Semoga dengan sumbangan kurniaan ini sedikit sebanyak dapat membantu aktiviti pengurusan masjid/surau dalam pembaikan atau menaiktaraf untuk memberi manfaat dan faedah kepada qariah...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga Veteran Angakatan Tentera Malaysia (ATM) kurang berkemampuan dari Mukim Pogoh, Sungai Segamat dan Buloh Kasap.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.
Turut serta...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik, sakit terlantar dan warga emas.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor.
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sungai Punggor Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, Mukim Sedenak, Mukim Senai dan Mukim Bukit Batu.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Penghulu Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Turut menerima kurniaan daripada DYAM Tunku Mahkota Johor ialah masjid dan surau seperti berikut Surau Rosevilla, Taman Putri, Mukim Kulai;...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Tuan Haji Hasrin Kamal B Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima individu dari Mukim Sg Raya dan Panchor.
Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.
Tuan Pegawai Daerah Muar juga telah membuat penyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi surau di Mukim Panchor, Bukit Kepong dan Mukim Lenga. Serahan Kurniaan Surau ini adalah untuk...