Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit-pesakit masalah jantung serta pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATION SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Sungai Punggor, daerah Batu Pahat, Johor. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Jementah.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia En Azmi Bin Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Kulai mewakili Tuan Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong-Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan,...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN PENTADBIRAN MBJB, DAERAH JOHOR BAHRU

Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), kehilangan pendapatan dan pesakit terlantar.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.