Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Tangkak telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada ibu tunggal, OKU (mental) serta pesakit kanser yang memerlukan rawatan.
Turut serta dalam penyerahan ini adakah Penolong Pegawai...
ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG) DAN MUKIM PLENTONG DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin bin Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru diiringi Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Encik Muhamad Rashdan Bin Rahmat, Pegawai Yayasan MBPG, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di bawah pentadbiran MBPG serta di Mukim Plentong Daerah Johor Bahru.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Mustafa Kamal bin Abdullah (Pentadbir Tanah Daerah Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa...
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Tenglu, Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Senai Dan Kulai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Penolong Pegawai Derah (Pengurusan), Penghulu Mukim Senai dan Kulai serta wakil Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada ibu tunggal, pesakit OKU (mental dan bisu) serta pesakit-pesakit kanser yang memerlukan rawatan.
Turut serta dalam penyerahan ini,...