Pengarang: admin
Menjunjung Kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan kerusi roda di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Kulai bertempat di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, Kulai.
Majlis penyerahan kerusi roda tersebut telah disempurakan oleh Ybhg Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai dan diiringi Ybhg Tuan Haji Natazha Bin Hariss, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai merangkap PengerusiSouthern Volunteers Daerah Kulai.
KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH BATU PAHAT
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Batu Pahat telah menerima kurniaan 10 buah kerusi roda daripada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Kerusi roda tersebut diserahkan kepada Dr. Khalid Al-Walid bin Abas selaku Penyelaras PPV Dewan Jubli Intan. Petugas Sukarelawan Southern Volunteers juga turut sama hadir membantu semasa sesi penyerahan tersebut.
Dengan tambahan 5 buah kerusi roda tersebut akan memberi manfaat untuk kegunaan penerima vaksin yang hadir terutamanya kepada golongan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di PPV Dewan Jubli...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGURNIAKAN KERUSI RODA KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DI JOHOR MELALUI SOUTHERN VOLUNTEERS
Sukacita saya maklumkan bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan 100 kerusi roda untuk pusat-pusat Vaksinasi seluruh negeri Johor melalui Southern Volunteers.
Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Johor secara keseluruhan.
Selain itu, sukacita saya maklumkan bahawa seramai 1,000 orang Southern Volunteers sudah digerakkan untuk membantu pusat-pusat vaksinasi dengan sokongan padu JBS, DO dan YDP seluruh negeri.
Untuk pusat vaksinasi Persada yang akan beroperasi pada hari...
SOUTHERN VOLUNTEERS DIGERAKKAN BAGI MEMBANTU PROGRAM VAKSINASI DI JOHOR
Saya ambil maklum mengenai keresahan rakyat Johor berkaitan program vaksinasi Covid-19, lebih-lebih lagi dengan peningkatan mendadak jumlah kes positif harian serta kematian sejak akhir-akhir ini.
Memandangkan situasi wabak Covid-19 yang sangat serius di negeri Johor, Tuanku Sultan Johor pada 20 Mei 2021, telah menitahkan supaya semua Ahli Parlimen dan ADUN di negeri Johor bermesyuarat dan bekerjasama untuk menolong rakyat Johor memerangi wabak Covid-19.
Golongan belia juga harus memainkan peranan mereka untuk membendung penularan wabak Covid-19 ini. Salah satu cara adalah untuk...
PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH KLUANG
Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mei Fasa 2 pada 25 Mei 2021 kepada tiga (3) penduduk di mukim Kluang, daerah Kluang yang disampaikan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim serta Ketua Kampung mukim yang terlibat.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA SURAU ALMUHTADDIN, KEMPAS BARU, DAERAH JOHOR BAHRU
Penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru kepada Pengerusi Surau Almuhtaddin, Tuan Haji Mokhtar bin Mohamed. Turut serta menyaksikan penyampaian adalah Penghulu Tertinggi dan Penghulu Mukim Tebrau.
Surau ini yang beralamat di 2925, Jalan Kempas Baru, Mukim Tebrau telah dibina pada tahun 2004 dan boleh menempatkan seramai lebih kurang 100 jemaah pada satu-satu masa.
Surau ini memerlukan pembaikan pada struktur bangunan, bumbung dan soyok koridor selain dari penambahbaikan pada ruang solat wanita.
Semoga...