Pengarang: admin
DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan juadah makanan kepada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Kurniaan juadah makanan sempena sambutan Aidilfitri semalam (13 Mei) disampaikan kepada lebih 3,800 pelajar tempatan serta antarabangsa di kedua-dua institut pengajian tinggi awam berkenaan.
“Saya dan keluarga mengambil berat akan siswazah yang tidak dapat pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya dan keluarga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada.
Semoga kehadiran Syawal ini membawa keberkatan kepada kita semua.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH MUAR
30 Ramadhan 1442/12 Mei 2021, program ziarah kasih Rahmat Ramadhan Pegawai Daerah diteruskan dengan menghulurkan sumbangan tunai kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi Mei Fasa 2 untuk 3 buah keluarga yang daif di Mukim Bandar 2. Yang paling menyentuh hari dan menjadi sejarah dalam kerjaya Pegawai Daerah, apabila salah seorang penerima yang juga pesakit terlantar memohon izin membacakan doa’ khusus buat kesejahteraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Ini membuktikan betapa tidak berbelah baginya kasih rakyat Muar terhadap Ke Bawah Duli Tuanku.
Selain itu, melalui...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TERIMA MENGADAP DELEGASI KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA (KJRI) JOHOR BAHRU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap delegasi Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, yang diketuai oleh HE Sunarko, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kelab Polo, Istana Pasir Pelangi pada 12 Mei 2021. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin hari ini menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Endau.
Kurniaan ini diterima oleh Encik Razak bin Ali, Timbalan Pengerusi Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Ustaz Mawarday bin A. Hamid, Imam Masjid dan ahli kariah masjid tersebut.
Turut hadir bersama bagi penerimaan kurniaan Tunku adalah Tuan Kadi Daerah Mersing, As-Syeikh Tuan Haji Khairudin Bin Salimin, Penghulu Mukim Padang Endau, Encik Mohd Ezwan bin Jamigoe dan Ketua Kampung Semanyir Encik Shafie bin...
PROGRAM AGIHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 5 DAN MEI FASA 1 DAERAH KLUANG
Program agihan kurniaan Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 5 dan Mei Fasa 1 pada 11 Mei 2021 kepada enam (6) penduduk di mukim Kluang dan Ulu Benut, daerah Kluang yang disampaikan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid bersama-sama Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah, Penolong Pegawai Daerah, penghulu mukim serta ketua kampung mukim yang terlibat.