Pengarang: admin
Ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Saya sedih mendengar berita ramai rakyat yang tertekan akibat kehilangan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik ini. Ia benar-benar telah menduga rakyat Johor secara keseluruhan.
Saya berharap tiada Bangsa Johor yang terpaksa berlapar kerana ketiadaan makanan di rumah sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Oleh itu, saya menitahkan supaya para belia Johor melalui platform Southern Volunteers untuk membantu kerajaan negeri menggerakkan bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Johor yang sangat terkesan sekarang ini....
PROGRAM SOUTHERN VOLUNTEERS LOCKDOWN ACTION (BAKUL MAKANAN) DAERAH KULAI
Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor
Penyerahan bakul makanan kepada penduduk sekitar Kulai yang terjejas akibat pandemik Covid19 telah dibantu oleh beberapa orang Sukarelawan Southern Volunteers Kulai.
Semoga semua sukarelawan dan Petugas Barisan Hadapan dilindungi dari segala wabak penyakit terutama Virus Covid19.. Terima Kasih atas bakti yang kalian curahkan.
LAWATAN KE PPV PERSADA JOHOR
Saya telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada Johor pada hari ini untuk meninjau pengoperasian program vaksinasi Covid-19. PPV Persada Johor merupakan PPV Mega yang pertama di Johor dan telah mula beroperasi sejak 7 Jun 2021.
Setakat ini, sebanyak 3,000 orang menerima vaksin di PPV Persada Johor setiap hari. Saya prihatin akan keluhan rakyat mengenai akses kepada vaksin dan yakin dengan usaha Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam memastikan bekalan vaksin yang mencukupi bagi semua Bangsa Johor. Sangat penting untuk kita mencapai imuniti kelompok demi membendung...
KEMPEN JOM DAFTAR VAKSIN SOUTHERN VOLUNTEERS DAN MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tuan Haji Jamaludin Bin A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang dan Puan Norliyati Binti Md Nor, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kluang merangkap Pengerusi Southern Volunteers MPK telah mengadakan program outreach di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang bagi memantau aktiviti-aktiviti sukarelawan Southern Volunteers MPK dan pemimpin-pemimpin tempatan dalam pelaksanaan gerak kerja kempen Jom Daftar Vaksin yang diadakan bermula 19 Jun 2021 sehingga 23 Julai 2021 di seluruh kawasan...
SOUTHERN VOLUNTEERS MEMBANTU PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (UNIT VAKSINASI BERGERAK) DAERAH BATU PAHAT
Unit Vaksinasi Bergerak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Batu Pahat di Sekolah Kebangsaan Seri Perpat, Mukim Sungai Punggor, Rengit dilaksanakan dengan penglibatan petugas sukarelawan yang terdiri daripada ahli Southern Volunteers yang telah sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu pelaksanaannya.
Pada kali ini, Pusat Pemberian Vaksin Bergerak tersebut menerima kehadiran masyarakat yang terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas, individu yang menghidapi penyakit kronik serta Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan...
SELAMAT HARI BAPA
Bapa saya. Bapa kepada Bangsa Johor. Selamat Hari Bapa kepada Bah. Semoga Bah sentiasa berada dalam perlindungan ALLAH SWT. Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan!
Selamat Hari Bapa juga kepada semua para bapa. Semoga anda semua sentiasa diberkati.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor