Skip to main content

Pengarang: admin

PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU

1. Penerima pertama merupakan seorang suri rumah berumur 37 tahun yang menghidapi sakit kronik kencing manis semenjak dari sebelum berkahwin lagi. Beliau juga menghidap penyakit paru-paru berair dan lemah jantung dari tahun 2019. Pada tahun 2020, kaki kiri beliau terpaksa dipotong sehingga ke paras peha akibat dari kencing manis kronik yang dialami. Pergerakan dan pengurusan diri terpaksa dibantu oleh suami yang berniaga sambilan atas talian dari rumah dengan menjual simkad telefon dan makanan ringan (paru rangup) serta menanggung 2 orang anak yang berusia 7 dan 9 tahun. Pernah memohon...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI 2021 FASA 2 DAERAH PONTIAN

Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 3 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian. 1. Penerima Pertama Adalah Puan Siti Salmiah Binti Lawmak Merupakan Seorang Ibu Tunggal Yang Berusia 58 Tahun Mempunyai 2 Orang Tanggungan Keluarga, Tiada Pekerjaan dan Alamat Kg Parit Muhammad Sanglang Mukim Ayer Baloi. 2. Penerima Kedua Adalah Mohamed Sahari Bin Othman Seorang Bapa Tunggal Yang Berusia 84 Tahun. Mempunyai Tanggungan 5 Orang Ahli Keluarga. Beliau Juga Merupakan Pesakit Masalah Pundi...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Mei Fasa 2 Tahun 2021 yang melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Minyak Beku. Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID HIDAYATULLAH KAMPUNG SUNGAI LINAU, MUKIM MACHAP, DAERAH KLUANG

YBhg. Pegawai Daerah Kluang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Kluang hari ini telah menyerahkan kurniaan wang tunai daripada DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Pengerusi Masjid Hidayatullah Kg. Sungai Linau, Mukim Machap, Kluang pada tengahari tadi. Turut hadir : 1. As Syeikh Tuan Haji Sabarudin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang 3. Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Machap, 4. Ketua-ketua kampung, 5. Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Profil Masjid Hidayatullah, Kg. Sungai Linau, Mukim Machap, Kluang:- 1. Penghulu Mukim – Ahmad Farhan bin Abu...

Continue reading

ZIARAH KURNIAAN KASIH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH SEGAMAT

1. Penerima pertama merupakan warga emas yang tinggal bersama anak yang menjaganya. Penerima dalam keadaan uzur dan terbatas pergerakannya dengan menggunakan kerusi roda. Tinggal di Kampung Melayu Bukit Siput. 2. Penerima kedua merupakan seorang warga emas yang tinggal bersama anak yang menjaganya. Penerima berkeadaan uzur, tidak banyak bergerak dan kebanyakan masa hanya berbaring. Tinggal di Kampung Melayu Bukit Siput. 3. Penerima ketiga tinggal bersama isteri dan 6 orang anak yang masih bersekolah. Beliau tidak dapat bekerja dan pergerakan terbatas akibat penyakit gout yang...

Continue reading

ZIARAH KURNIAAN KASIH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI FASA 1, TAHUN 2021 DAERAH SEGAMAT

1. Penerima pertama tinggal menyewa bersama isteri dan 4 orang anak yang masih lagi bersekolah. Bekerja sebagai pemandu lori namun berpendapatan tidak tetap. Tinggal di Taman Chaah Baru. 2. Penerima kedua merupakan seorang warga emas yang tinggal seorang diri, namun dijaga oleh saudara yang tinggal berhampiran. Pergerakan yang terbatas (berkerusi roda) kerana kudung sebelah kaki. Tinggal di Kampung Jawa, Chaah. 3. Penerima ketiga adalah seorang warga emas yang tinggal bersama isteri dan seorang anak. Beliau menjalankan perniagaan menjual hasil tanaman kampung secara kecil-kecilan....

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.