Pengarang: admin
YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bulan Ogos bertempat di Mukim Pogoh, Gemereh dan Gemas.Turut hadir, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Segamat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
ZIARAH KASIH DAN PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN SEPTEMBER
YBhg. Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih dan menyantuni beberapa buah keluarga di Mukim Bandar dan seterusnya menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Turut hadir dalam lawatan Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk...
JEJAK KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 4 BULAN OGOS 2021 MUKIM ULU SUNGAI JOHOR DAERAH KOTA TINGGI
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Ulu Sungai Johor Daerah Kota Tinggi diiringi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS FASA 4 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 4 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Tanjung Sembrong dan Mukim Chaah Bahru.
Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Wakil Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Tanjung Sembrong;
Penghulu Mukim Chaah Bahru; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Pegawai Perkampungan Cina dan...
TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE BARU DI KLUANG DAN ISKANDAR PUTERI
Saya dengan sukacita ingin mengumumkan bahawa Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang seterusnya akan dibina di Kluang dan Iskandar Puteri. Cadangan untuk Gimnasium Rakyat juga telah diluluskan dan akan ditempatkan di TMIYC Iskandar Puteri.
TMIYC Johor Bahru sudahpun dirasmikan pada Disember 2020 manakala majlis pecah tanah untuk kawasan TMIYC Muar sudah dilaksanakan. TMIYC di Mersing dan Pasir Gudang akan dibina seterusnya.
Pembinaan TMIYC adalah idea dan visi saya untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah Youth Centre di setiap daerah di Johor. TMIYC...
BEKALAN VAKSIN COVID-19 JOHOR
Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin Covid-19 pada bulan September ini. Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer.
Dengan jumlah dos ini saya yakin seluruh Bangsa Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi. Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi Covid-19.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor