Skip to main content

Pengarang: Admin

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR SERTA PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor pada hari ini, 19 Mac 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH BERSAMA RAKYAT DI BATU PAHAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama rakyat di Masjid Taman Sri Sulong, Parit Sulong, Batu Pahat pada hari ini, 15 Mac 2024. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR, SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR DAN YANG DIPERTUA JUMAAH MAJLIS DIRAJA JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor pada hari ini, 13 Mac 2024. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal negeri dan isu-isu penting disampaikan kepada DYAM Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

RAMADAN AL-MUBARAK

Saya sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah. Salam Ramadan Kareem. Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

TERIMA MENGADAP KONSUL JENERAL SINGAPURA DI JOHOR

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor terima mengadap Encik Jeevan Singh, Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru bersama isterinya, Dr Sima Aghazadeh pada hari ini, 8 Mac 2024. Pertemuan ini adalah sebagai menghargai jasa Encik Jeevan Singh sepanjang lebih empat tahun perkhidmatan beliau di negeri Johor yang banyak membantu mengeratkan lagi hubungan antara Johor dan Singapura. Encik Jeevan Singh akan kembali ke Singapura dan jawatan Konsul Jeneral akan disandang oleh pengganti beliau. Allah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.