Pengarang: Admin
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina dan semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda semua.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT BERSAMA RAKYAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Al-Syifa, Bandar Penawar, Johor pada hari ini, 9 Februari 2024. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERSAMA RAKYAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat menunaikan solat Subuh bersama rakyat di Surau Al-Muttaqin Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Johor pada hari ini, 9 Februari 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR SELAKU PEGAWAI MEMERINTAH ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR BERANGKAT KE MARKAS TAKTIKAL POS TANJUNG SEPAT
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Johor pada hari ini, 8 Februari 2024.
Dalam sesi lawatan tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor dipersembahkan dengan Demonstrasi Prosedur Tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Keberangkatan Baginda adalah susulan kejayaan cemerlang pelaksanaan Operasi Bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan di negeri Johor dalam OP MERPATI 1.
Operasi berkenaan berjaya menahan 24 tekong iaitu 13 tekong darat dan 11...
ISRAK DAN MIKRAJ
Selamat menghayati Israk dan Mikraj tahun 1445H — satu peristiwa yang membuktikan kekuasaan ALLAH SWT.
Sama-sama kita berdoa agar diberikan kesejahteraan dan keselamatan yang berpanjangan.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR MENYAMBUT KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG PULANG KE JOHOR
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menyambut keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pulang ke Johor pada hari ini, 6 Februari 2024. Allah Peliharakan Sultan.