Pengarang: Admin
Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DOA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK UMAT ISLAM
Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat sementara, dan akhirat adalah tempat selama lamanya. Semoga ALLAH sentiasa kurniakan perlindungan, kesejahteraan, berkat, taufiq, serta hidayah kepada seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amin
TITAH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TENTANG KEADAAN PADANG STADIUM NASIONAL, BANDARAYA SUKAN KUALA LUMPUR
Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Seperti padang Stadium Sultan Ibrahim. Tetapi national team nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi 2 atau 3 bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT.
Semalam semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat. Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan.
This is the proven product. Dah...
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU ISKANDAR IBNI TUNKU ISMAIL
Happy Birthday Leo. May ALLAH Bless you. Babah Loves you Always
PERASMIAN PADANG BAHARU ZEON ZOYSIA STADIUM NASIONAL, BANDARAYA SUKAN KUALA LUMPUR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), merasmikan padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional, Bandaraya Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil hari ini. Hadir sama adalah YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Baginda telah menaja padang bola sepak di stadium nasional sebagai hadiah kepada bola sepak Malaysia selepas saban tahun pengendali stadium menghadapi masalah berkaitan kualiti rumput.
Sebelum penajaan tersebut, DYAM Tunku Ismail telah meminjamkan sebuah kanvas dari Stadium Larkin...