Skip to main content

Pengarang: Admin

TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini, 3 September 2023. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Renggam, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah YDP Majlis Perbandaran Kluang, KADI Daerah Kluang, ADO Pejabat Daerah Kluang, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu Mukim serta Ketua Kampung. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran. Penyampaian kurniaan telah disampaikan...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sermin & Gemas. Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat. Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai...

Continue reading

MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 28 Ogos 2023. Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian, Encik Muhammed Ali Bin Ab. Wahab dan Encik Roslan Bin Bokari, Penghulu Kanan Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada 3 Buah Keluarga di Mukim Ayer Masin dan 4 Buah Keluarga di Mukim Serkat Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA KELUARGA-KELUARGA TERMISKIN SERTA PENYAMPAIAN MASJID DAN SURAU DI KAWASAN MUKIM PULAI DAN TEBRAU DAERAH JOHOR BAHRU

Pihak pentadbiran ini telah menyempurnakan penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bertempat di Kawasan Mukim Pulai dan Mukim Tebrau. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan. Selain itu, turut disampaikan kurniaan bagi masjid surau daerah Johor Bahru. Semoga dengan sumbangan kurniaan ini sedikit sebanyak dapat membantu aktiviti pengurusan masjid/surau dalam pembaikan atau menaiktaraf untuk memberi manfaat dan faedah kepada qariah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.