Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dan YB Dato’ Haji Mohd Noh Bin Ibrahim, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) pada hari ini, 8 November 2023. Allah Peliharakan Sultan.
DYAM MEJAR JENERAL TUNKU MAHKOTA JOHOR MENCEMAR DULI BERSAMA PARA PENYOKONG JDT DI STADIUM SULTAN IBRAHIM
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mencemar duli bersama penyokong-penyokong JDT di Stadium Sultan Ibrahim menjelang perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara Johor Darul Ta’zim dan Ulsan Hyundai hari ini.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia En Fizwan Bin Dato Hj Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah (Masyarakat), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Sedenak, Pegawai JKM Daerah Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Farhan bin Kasmunee, Ketua Penolong Pegawai Daerah, wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, bertempat di Mukim Pantai Timur, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dalam kalangan yang mempunyai sakit kronik, OKU, sakit terlantar dan warga emas.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian ,Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada Keluarga- keluarga Yang Kurang Bernasib Baik di Mukim Jeram Batu & Pengkalan Raja Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...