Pengarang: Admin
Johor-Jumaat. Ingatlah bahawa semua benda yang berlaku adalah takdir. Semua benda yang berlaku sudah tertulis dan masa “itu” akan datang. ALLAH yang Maha mengurus, ALLAH yang Maha mentadbir, dan ALLAH yang Maha mengatur. Pada hari yang Mulia ini mari kita berdoa buat semua umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Buloh Kasap.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.
Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Mukim Buloh...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian ,Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada 3 Buah Keluarga di Mukim Pontian Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan,...
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYAM TUNKU ISKANDAR IBNI TUNKU ISMAIL, RAJA MUDA JOHOR
Majlis Sambutan Hari Keputeraan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.
DOA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK UMAT ISLAM
Ingatlah bahawa dunia ini hanya tempat sementara, dan akhirat adalah tempat selama lamanya. Semoga ALLAH sentiasa kurniakan perlindungan, kesejahteraan, berkat, taufiq, serta hidayah kepada seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amin