Pengarang: Admin
Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami, Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-58.
Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura serta berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KEEMPAT
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari keempat yang juga merupakan hari terakhir program jelajah Kembara Mahkota Johor 2023 (KMJ) pada 8 Ogos 2023.
Rombongan Baginda yang diiringi oleh YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bersama paduka-paduka anakanda serta ahli Keluarga DiRaja berlepas dari Pantai Minyak Beku, Batu Pahat menuju ke Taman Rekreasi Rambah di daerah Pontian.
Seterusnya, rombongan konvoi Baginda tiba di Kompleks Penghulu Sedenak di daerah Kulai yang menjadi destinasi terakhir program jelajah KMJ 2023 ini. Allah Peliharakan...
JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KETIGA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari ketiga program jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 7 Ogos 2023.
Program hari ketiga ini bermula dari Sawah Ring di daerah Tangkak. Hentian berikutnya adalah di Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara dan Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam di Muar.
Hentian terakhir rombongan Baginda diiringi oleh YAM Che’ Puan Besar Khaleeda bersama ahli Keluarga DiRaja adalah di Pusat Pertanian Parit Botak di daerah Batu Pahat. Allah Peliharakan Sultan.
JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 — HARI KEDUA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan hari kedua program jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 6 Ogos 2023.
Program hari kedua ini bermula dari Sungai Temiggol, Kg Sri Lukut di daerah Kluang. Rombongan Baginda bersama ahli Keluarga DiRaja telah disambut oleh Tuan Haji Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang. Program seterusnya bertempat di Laman Kembara Paloh, juga di daerah Kluang.
Hentian terakhir Baginda adalah di Taman Eko Rimba, Sungai Bantang, Labis di daerah Segamat. Encik Mohd Masni Wakiman selaku Pegawai Daerah Segamat telah...
JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 MEMBUKA TIRAI
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor julung kali memimpin jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 diiringi oleh YAM Che Puan Besar Khaleeda.
Turut hadir bersama, YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Turut mengiringi bersama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kota Tinggi, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan OKU penglihatan, sakit kronik, sakit terlantar dan warga emas.