Pengarang: Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Penghulu kanan dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Azmee Bin Awang,Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada 5 Buah Keluarga Bagi Yang Kurang Bernasib Baik Di Mukim Serkat dan 3 buah masjid di 3 mukim yang berbeza iaitu Mukim Sungai Karang, Mukim Ayer Masin dan Mukim Serkat.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Sedili Kechil, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Kundang yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, OKU (mental) serta pesakit yang memerlukan rawatan berkala.
TERIMA MENGADAP PENGARAH JABATAN SIASATAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDN)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Dato’ Adenan Bin Che Semail Pengarah Jabatan Siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Allah Peliharakan Sultan.
HARI DEEPAVALI
Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Johor yang beragama Hindu.
Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua.
Deepavali Vaalthukkal!
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor