Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kambau dan Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1444H/2022M

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1444H/2022M di Masjid Sultan Iskandar, Mersing pada 9 Oktober 2022. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi...

Continue reading

MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, OKU serta penghidap jangkitan paru-paru yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...

Continue reading

KENYATAAN PALSU

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang terus disebarkan di dalam gambar ini. Ini adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial. Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini. DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda...

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berusaha Encik Muhamad Hanafi Bin Ahmad Shamsi, Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga sekitar Mukim Jorak / Panchor dan Mukim Air Hitam. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.