Skip to main content

Pengarang: Admin

DYAM TUNKU MAKHOTA JOHOR DAN AHLI PASUKAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM MEMPERSEMBAHKAN TROFI PIALA MALAYSIA 2022 KEPADA DYMM SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor terima mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan ahli pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang mempersembahkan trofi Piala Malaysia 2022 kepada Baginda. Turut sama hadir ialah Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT, Martin Prest, Pengarah Sukan, Hector Bidoglio Ketua Jurulatih serta kapten kelab Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Natxo Insa. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim Tanjung Sembrong, Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada keluarga asnaf dan dhaif, pesakit kronik, golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan, mangsa bencana dan lain-lain keperluan bagi meringankan beban yang dihadapi. Penerima-penerima ini telah dicadangkan dan dikenalpasti oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Sesungguhnya kurniaan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.