Pengarang: Admin
Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Minyak Beku, Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
KENYATAAN PALSU
KENYATAAN PALSU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bertitah menegaskan Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana disebarkan di dalam gambar ini.
Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan...
TERIMA MENGADAP ATASE PERTAHANAN KEDUTAAN QATAR DI MALAYSIA
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Brigadier Jeneral Jassim Mohammed Al-Kuwari, Atase Pertahanan Kedutaan Qatar di Malaysia pada 3 November 2022. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Allah Peliharakan Sultan.
BANTUAN BANJIR DI KOTA TINGGI
Berikutan banjir kilat yang melanda Segamat dan Kota Tinggi, saya telah mengarahkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Southern Volunteers untuk menggerakkan anggota dan memberi bantuan. Alhamdulillah, keadaan terkawal pada masa ini dan keadaan di Kota Tinggi sudah pulih.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada golongan sasaran seperti keluarga...