Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang terus disebarkan di dalam gambar ini.
Ini adalah satu kenyataan palsu yang disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berusaha Encik Muhamad Hanafi Bin Ahmad Shamsi, Penolong Pegawai Daerah Muar selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga sekitar Mukim Jorak / Panchor dan Mukim Air Hitam.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang terlibat.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Senai, semalam.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong-Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim, Pegawai Khas ADUN Bukit Permai, Pegawai Yayasan Sejahtera Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Selain itu, tiga buah surau di Mukim Batu turut menerima kurniaan DYAM TMJ yang disampaikan kepada pengerusi-pengerusi surau terlibat. Surau-surau tersebut ialah Surau...
SITUASI BANJIR DI KLUANG
Alhamdulillah. Berkenaan banjir, semua berada dalam keadaan terkawal buat masa ini. Bantuan telah disampaikan beberapa hari yang lepas ke PPS Sek Keb Sri Kg Renggam dan PPS Sek Keb Sungai Linau di Daerah Kluang.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
JDT MENANG LIGA SUPER BUAT KALI KESEMBILAN BERTURUT-TURUT
Sebuah pasukan yang Berjaya tidak terjadi secara kebetulan, tetapi ia dicipta. Kami menyayangi, menghargai dan sanggup mati untuk satu sama lain. Kami bukan hanya sebuah kelab. Kami adalah Keluarga