Pengarang: Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap delegasi pengurusan syarikat telekomunikasi Maxis Bhd pada 28 September 2022. Allah Peliharakan Sultan.
TERIMA MENGADAP DELEGASI UNICEF DAN JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismal Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda terima mengadap YB Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor serta delegasi UNICEF yang diketuai oleh Marc Vergara, Ketua Perhubungan dan Advokasi Awam dan Saskia Blume Ketua Perlindungan Kanak-Kanak di Royal Johor Polo Club pada 27 September 2022.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah YB Dato’ Amir Nasruddin, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Tuan Mohamad Bin Hapil, Pengarah Jabatan...
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Sungai Segamat dan Mukim Gemas Daerah Segamat.
UCAPAN TAHNIAH KEPADA KONTINJEN SUKMA JOHOR
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kontinjen Johor yang memenangi Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang menutup tirainya hari ini.
Saya merasa bangga melihat Kontinjen Johor dapat meraih 77 emas dalam kejohanan kali ini, sekali gus berjaya melepasi sasaran awal yang diletakkan iaitu 40 emas.
Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada Kontinjen Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MANGSA BANJIR DI BATU PAHAT
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menyampaikan sumbangan kurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat penempatan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading, Batu Pahat.
Penyampaian kurniaan sebanyak 60 kotak tersebut telah disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) serta para sukarelawan Southern Volunteers. Allah Peliharakan Sultan.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Encik Azmi Bin Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Kulai, Penghulu Mukim Senai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan...