Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Yang Berbahagia Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Oktober fasa 1 dan Oktober fasa 2 Tahun 2022 . Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 1 Lubok dan Mukim 2 Bagan Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berhormat Dato’ Mustaffa Kamal Bin Dato’ Hj Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima kurang berkemampuan dari Mukim Bakri. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka. Selain itu juga telah disampaikan kurniaan berbentuk wang tunai kepada Pengerusi Surau dan Masjid di Mukim Bakri dan Bandar.Kurniaan ini adalah untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk menambahbaik infrastruktur masjid serta dapat digunakan bagi mengimarahkan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Kambau dan Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Continue reading

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1444H/2022M

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1444H/2022M di Masjid Sultan Iskandar, Mersing pada 9 Oktober 2022. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Mohd Fared Bin Mohd Khalid, Pengerusi...

Continue reading

MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Semoga kita terus mencontohi akhlak serta mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersama-samalah juga kita mendoakan agar Johor sentiasa berada di bawah keberkatan Allah SWT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, OKU serta penghidap jangkitan paru-paru yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.