Pengarang: Admin
YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Minyak Beku, daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Suhaizi bin Md Yasin, Penghulu Mukim Kluang dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Datin Masrita Binti Masnun , Pengerusi PUSPANITA Daerah wakil rasmi Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada 7 ketua isi rumah di sekitar Mukim Bandar dan Sungai Terap.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang dilanda musibah rumah terbakar, golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Mukim Bandar, Penghulu Mukim Sungai Terap dan Ketua Kampung.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 10 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Rimba Terjun.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH : PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi bulan Julai kepada 10 ketua isi rumah di sekitar Mukim Sungai Balang.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.
PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH MERSING
Pada hari ini, wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Muhibbah sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Tahun 2022.
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Mersing, Mukim Padang Endau dan Mukim Triang.
Program lawatan Ziarah Muhibbah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib...