Pengarang: Admin
MAJLIS ISTIADAT PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) berangkat ke Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Kem Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada 4 Jun 2022. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Peserai.
Program lawatan ziarah prihatin seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang...
SELAMAT ULANGTAHUN KEPUTERAAN KEPADA TUNKU PUTERA JOHOR
Selamat Ulangtahun Keputeraan kepada YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor